Banyak kali juga saya membaca artikel daripada ‘muamalat.my’ bagi memahami konteks sebenar perbincangan yang cuba dibawa oleh penulis. Ini dapatan saya, hasil daripada pembacaan.
1. Pertama sekali, penulis sendiri telah mengabsahkan TE sebagai sebuah produk yang halal kerana mengatakan TE adalah sebuah produk mempunyai 'akad yang jelas, produk yang real dan kelebihan yang betul. Penerangan ini sahaja telah menyatakan bahawa TE tiada unsur tersembunyi yang menjadi keraguan pengguna. Secara asas, this statement sums it all.
2. Isu kedua yang cuba dibawa oleh penulis pula ada mengenai ‘Perbezaan harga pada produk yang sama’. Daripada pemahaman ini, datangnya analogi batu-bata.
Disini, penulis telah silap menyatakan Tune Talk Tone Excel (TTTE) dan Tune Talk (TT) adalah produk yang sama. Memang TTTE menggunakan sim kad TT untuk programnya namun demikian pakej yang ditawarkan oleh TTTE adalah berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh TT. Itu sebabnya kenapa terdapat harga yang berbeza pada dua produk tersebut. Itu juga sebab kenapa syarikat TTTE BERKERJASAMA dengan syarikat TT untuk jalankan program referralnya. Dengan pakej yang berlainan ini sekali gus menjadikan TTTE satu servis telco yang lain daripada TT sama seperti perbezaan TT dengan Celcom, Maxis, U Mobile, Digi dan sebagainya.
Merujuk kepada analogi batu-bata dalam artikel, penulis cuba menggambarkan kenapa bata yang sama mempunyai dua harga yang berbeza? Oh ini bukan trivalgo ya? Hehe (selingan). Baik mari kita gunakan analogi tersebut. Kita anggap bata tersebut adalah servis network (sms/call/data). Kalau kita buat perbandingan antara semua syarikat telco, semua menawarkan servis yang sama. Betul kan? Maxis, Digi, TTTE, TT, dll semua menawarkan servis sms/call/data tetapi kenapa kita dapati masing-masing mempunyai range harga yang berbeza? Ini kerana pakej yang setiap syarikat tawarkan adalah berbeza. Kenapa ada tawaran yang berbeza? Kerana mereka adalah syarikat yang profit-oriented. Syarikat yang untuk kekal relevan, perlu accomodate keperluan pengguna. Justeru itu, mereka menawarkan promosi dan pakej yang mampu menarik perhatian pengguna. Seperti Free data, Free Sms, Free Call, Big Points, Tempoh expiry date yang lama, call rate yang rendah, pasif income etc. Semua promosi ini bergantung kepada bagaimana syarikat tersebut accomodate selera pengguna dalam masa yang sama mereka juga mampu generate profit daripada promosi mereka.
Justeru tiada masalah sebenarnya kiranya TTTE dan TT mempunyai harga yang berbeza kerana keduanya adalah produk yang berbeza yang mempunyai tawaran yang berbeza. Bahkan customer service mereka juga berbeza. Ini kerana mereka perlu accomodate pengguna yang berbeza dalam sistem yang berbeza. Ia sama sahaja seperti perbezaan harga pada telco-telco lain; seperti XOX dengan ONEXOX, kan lain pakejnya dan sistemnya? Sudah tentu ia memerlukan kos yang berbeza.
3. Isu seterusnya yang sebenarnya ‘back-fire’ semula penulis adalah bagaimana penulis sendiri mengatakan ‘Kita tidak kisah jika simkad TTTE mahal kiranya ia berbaloi’.
Statement ini telah menjelaskan bahawa ketidaksetujuan penulis bukanlah pada perkara prinsip tetapi perkara sampingan seperti keinginan. Ini juga kontradik dengan konsep batu-bata yang cuba dibawa oleh pengguna. Kenapa saya kata begitu? Maksud ‘berbaloi’ ini sangat subjektif. Lain pengguna sudah pasti lain maksud ‘berbaloi’ itu. Penulis mungkin merasakan pada dirinya, naratif ‘berbaloi’ adalah pada tempoh sim kad yang tempoh expiry date lama, no yang cantik serta tawaran data percuma. Ini berbeza pula dengan orang lain. Bagaimana dengan mereka yang merasakan platform menjana pasif income itu lah yang menjadikan mereka rasa berbaloi pada harga yang ditawarkan? Bagaimana pula dengan mereka yang merasakan berbaloi bila mana dapat free bigpoints, free data, flat rate, free insurans, cabutan bertuah, insentif melancong ke luar negara pula? Adakah ia tidak valid kerana ia tidak bertepatan dengan naratif ‘berbaloi’ penulis? Justeru point ini dalam perkiraan saya adalah tidak valid. Setiap produk berhak untuk tawarkan apa jua kebaikan yang mereka rasa mampu memenuhi kehendak pengguna. Akhir sekali terserah kepada pengguna untuk pilih atau tinggalkan.
4. Isu seterusnya yang saya rasakan agak berat tuduhan yang dibuat oleh penulis adalah TTTE ini mengandungi unsur riba (helah), gharar dan eksploitasi kerelaan. Saya fikir ini satu tuduhan yang berat tanpa memahami konsep dan mekanisma bagaimana TTTE berfungsi.
Tawaran permulaan pakej TTTE adalah sebanyak RM98.60 (RM93 + RM5.60 < GST). Ia dibayar sekali sahaja untuk permulaan. Daripada RM93 ini, kita akan dapat sebuah sim kad yang dalamnya terdapat RM30 airtime kredit, 1GB data yang valuenya RM38, Tone Excel Member Management System (e-wallet, network geneology, member ID). Semua ini total up RM68. Baki RM25 (RM93-68=RM25) adalah keuntungan yang TTTE dapat daripada marketing penggunanya kepada orang lain. Apa yang TTTE lakukan dengan keuntungan RM25 ini? TTTE berikan RM20 kepada mana-mana pengguna yang berjaya daftarkan pengguna lain sebagai Bonus Fast Track (BFT). Ini bermakna baki yang ada pada TTTE hanya lah RM5. Untuk apa RM5 ini? Sudah tentu untuk pengurusan pendaftaran pengguna dan pembukaan TEMMS bagi setiap pengguna yang baru. Semua sistem ini memerlukan kos untuk diuruskan. Adakah mengaut keuntungan sebanyak RM5 ini dikatakan ‘riba’? Janganlah kita samakan sebuah produk yang pakej pendaftarannya RM10, airtime kreditnya RM5 lalu kita kata mahal sebab jauh beza RM10 dengan RM98.60. Kan tawarannya berbeza?
Apa pula yang dimaksudkan oleh penulis tentang gharar (ketidakpastian)? Sedangkan semua maklumat berkenaan TTTE jelas dimaklumkan dalam websitenya. Dari segi rate sms/call/data, harga top up, mekanisma jana pendapatan, kelebihan-kelebihan yang ada, secara terang ia paparkan agar pengguna tahu tentang produk yang mereka bakal gunakan. Bahkan banyak branch (Sifu Mazelan Abbas, Kak Jah, Naim MMGUIA, etc) juga mengambil inisiatif untuk elaborate dengan lebih lanjut lagi semua maklumat yang ada agar pengguna benar-benar tahu dan faham tentang produk yang mereka gunakan.
Bahkan seperti jawapan point 1 saya, penulis sendiri telah awal-awal nyatakan bahawa TE ini adalah sebuah produk mempunyai ‘akad yang jelas, produk yang real dan kelebihan yang betul. Penulis tuduh ia produk yang gharar tapi diawal penulisan, penulisan sendiri akui ketidak ghararnya.
Bila semua maklumat ini jelas disediakan oleh pihak berwajib, maka bagaimana lagi TTTE boleh ‘eksploitasi kerelaan untuk kaut keuntungan yang berlebihan’? Sedangkan keuntungan yang mereka ambil pun amat rendah bahkan yang mendapat manfaat lebih adalah pengguna itu sendiri. Bukankah ini satu kebaikan untuk pengguna?
5. Isu kelima yang dibawa penulis bahawa TE hanyalah produk untuk helah sedangkan keinginan utama adalah jualan keuntungan. Sama seperti point 1, asalnya penulis kata ia produk real, dihujungnya penulis katakan ia produk helah. Penulis tidak konsisten dalam menegakkan standnya.
Apa pun, keinginan pengguna itu hak pengguna untuk decide oleh sebab itu TTTE tidak sekadar menawarkan satu sahaja kelebihan bahkan meletakkan banyak kelebihan untuk pengguna nikmati. Ini dinamakan strategi marketing. Fungsi asal sim kad TTTE tetap sama seperti telco lain; sms/call/data juga menepati keperluan semasa masyarakat modern kita (hari ini kita punya 40 juta pengguna handphone – SKMM). Seperti mana ada syarikat telco yang menawarkan 10GB dengan rate rendah, etc. Ini semua adalah strategi syarikat telco menarik minat pengguna agar menjadi pengguna mereka.
6. Di penghujung, penulis menyatakan TTTE adalah produk skim piramid (MLM) yang tidak menepati garis panduan MLM JAKIM (Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang perkhidmatan).
Point tentang harga barang telah saya jelaskan dalam point 4. Point tentang definisi ‘munasabah’ juga telah saya terangkan dalam point 3 & 4.
Seterusnya saya akan cuba terangkan mengenai salah faham tentang TTTE yang selalu dikaitkan dengan MLM/sistem piramid, etc.
Pertama sekali, program TTTE tidak didaftarkan dibawah Akta Jualan Langsung KPDNKK tetapi TTTE didaftarkan dibawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM). Ini bermaksud ia adalah sebuah telco sama seperti celcom, maxis, digi etc.
Hujah seterusnya kenapa ia bukan MLM adalah kerana TTTE memberi peluang kepada semua pengguna untuk menjadi promoter tanpa syarat (pakej menjadi ahli TTTE). Berbanding telco lain, hanya orang tertentu sahaja boleh menjadi agen dan promoter bahkan untuk menjadi agen ini, perlu disediakan jumlah modal tertentu (biasanya puluhan ribu) dan beli jumlah sim kad yang tertentu, kemudian baru boleh mulakan perniagaan (RM98.60 ibarat modal perniagaan). Dalam program TTTE, dengan belian satu sim kad sahaja sudah melayakkan anda untuk menjadi promoter dan menikmati komisyen hasil daripada usaha anda sendiri. Kalau tidak mahu jadi promoter pula bagaimana? Tiada masalah. Jadi pengguna dan nikmati kelebihan-kelebihan sebagai pengguna.
Bagaimana pula dengan rangkaian level 1, 2 dan 3 seperti yang dinyatakan? Rangkaian yang terbentuk dalam referral program TTTE tidak seperti program MLM; dimana keuntungan orang bawahan akan diagihkan kepada orang atasan. Kesannya, orang atas akan sentiasa kaya lebih daripada bawah walau pun yang berkerja keras adalah orang bawah. Dalam program TTTE, keuntungan jualan (BFT) mana-mana promoter hanya dapat kepada syarikat TTTE dan juga promoter itu sahaja (lihat point 4 bahagian yang saya ceritakan tentang BFT). Maksudnya ketika mana pengguna menaja kawannya untuk menggunakan sim kad TTTE, BFT RM20 itu dapat bulat-bulat pada pengguna tersebut. Upline pengguna itu tidak akan dapat sedikit pun BFT tersebut. Ini yang dikatakan siapa yang menanam, dia lah yang akan menuai.
Namun ketika mana rangkaian pengguna tersebut berkembang, TTTE akan membayar kepada pengguna setiap kali rangkaian pengguna itu top up bulanan, keuntungan top up ini TTTE akan agihkan kepada pengguna sehingga level 3 nya sahaja. Keuntungan top up ini datangnya daripada syarikat bukan daripada downline pengguna tersebut. Kiranya downlinenya top up airtime kredit RM100 dengan harga RM100, maka itu lah yang akan pengguna itu terima. Tidak sedikit pun dikurangkan untuk diberikan kepada uplinenya. Bahkan TTTE menyediakan beberapa tawaran menarik pada setiap top up pengguna tersebut seperti cash-back 3%, bigpoints, free data, insurans etc.
Apa yang dimaksudkan keuntungan komisyen top up? Seperti syarikat telco lain, setiap jualan top up mereka, ada keuntungan yang mereka perolehi. Bagi sesetengah telco, keuntungan ini digunakan untuk membayar marketing mereka seperti ads, billboard, tv, facebook, agen-agen, etc. Bagi TTTE, mereka tidak melakukan advertisement via billboard, tv, etc spt telco lain tetapi mereka menyalurkan peruntukkan marketing tersebut untuk membayar komisyen kepada ahli-ahlinya bagi mana-mana ahli yang berjaya memperkenalkan TTTE kepada pengguna baru. Ini kelebihan referral program TTTE yang tiada pada telco lain menjadikan ia satu produk telco yang sangat berbeza dengan telco lain dan juga tidak sama dengan sistem MLM. Sekali gus menafikan TTTE sebuah program MLM (piramid).
7. Akhir sekali, penulis cuba mengetengahkan satu bentuk fallacy pada naratif ‘patuh syariah’. Bagi penulis terma patuh syariahnya adalah sim kad TTTE hendaklah mempunyai no cantik, jangka hayat yang panjang atau menurunkan rate panggilan lebih rendah untuk menjadikan ia berbaloi a.k.a patuh syariah.
Ini tidak tepat. Patuh syariah itu bermaksud produk niaga tersebut perlu menepati prinsip syara’ seperti tiada unsur riba’, tiada unsur gharar, produknya yang jelas keperluannya, tiada penipuan, tiada penindasan, serta bermanfaat untuk pengguna. Semua ini telah saya jelaskan dengan panjang lebar dalam 6 point diatas. Menjadikan TTTE sebuah program yang sebenarnya memang patuh syariah pada prinsipnya.
Yang kita boleh persoalkan mungkin adalah kenapa TTTE masih belum lantik panel syariah untuk memandu bisnesnya agar terus selaras dengan kehendak syariah. Benar, saya pun masih lagi bertanya namun jangan kita terburu menghukum program TTTE tidak patuh syariah HANYA kerana tiada panel syariah. Kalau itu formula sesimple itu yang kita gunakan untuk menghukum satu produk, maka haramlah semua produk yang tiada panel syariah. Tak begitu?
Apa pun, ini adalah pandangan saya mengenai program TTTE. Saya bukan orang paling berotoriti untuk menjawab artikel daripada page ‘muamalat.my’ tersebut. Mungkin pihak TTTE perlu ambil maklum persoalan orang ramai dan segera mencari solusi mengenai persoalan tersebut namun dalam masa yang sama, kita sebagai sebahagian consumer juga perlu belajar untuk tidak cepat menghukum satu perkara yang kita tiada pengetahuan mengenainya. Hanya kerana satu pihak menyatakan ia haram (mengikut sudut pandangnya – penulisan saya menjelaskan banyak kesilapan penulis dalam memberi penerangan mengenai TTTE) belum tentu ia haram. Berlaku adil lah juga dalam membuat perbandingan, penilaian dan menerima maklumat. Bukankah itu juga mendekati taqwa?
Kalau daripada penerangan saya ini anda lebih yakin tentang TTTE, maka teruskan mengguna ia. Kalau ia lebih menimbulkan syubhah, maka saya cadangkan tinggalkan ia. Kerana seperti orang lain, anda juga adalah pengguna dimana anda ada hak untuk terima atau tidak. Saya hormati hak anda itu.
Wallahu’alam.
‘Asim ‘Abdullah bin Ainullotfi
Pengguna Tone Excel
EL-GRANITE GROUP
Namun begitu, saya tak galakkan anda untuk berdebat dengan sesiapa yang TEGAR MENENTANG Dan TIDAK RETI BAHASA. Hal ini kerana tujuan utama kita berkongsi maklumat agar kawan2 mendapat manfaat , bukan untuk tujuan duit semata-mata... Sekian saja coretan pagi saya...
Mohamed Mustapha Samba
011-15390212
www.wowpassiveincome.blogspot.com