Assalamualaikum Dan selamat pagi...
Baiklah....sekarang ni tengah kecoh... Tone Excel haram... Ada unsur riba .... Gharar....bata.... Dan sebagai nya.... Baiklah... Sekarang saya akan kongsikan penjelasan Tuan Naim MMGUIA...
seterusnya terpulang pada anda untuk terus menggunakan Tone Excel ataupun tidak.
Kata beliau :
# 1. Berkenaan batu bata
" Kalau nk cite pasal bata sgt.. Satu bata buat ngan tanah, satu lagi
bata buat dgn emas..fungsi sama bata, so bata emas kene jual dengan
harga murah juga la...
Syarikat produa mengeluarkan model kancil dan alza..kedua duanya
kereta fungsi utama sama..tapi kenapa kancil lebih murah, Alza lebih
mahal? jika pendapat admin diguna pakai siapa yg beli Alza haram
kerana mahal.. disitu ada kancil yg lebih murah...
2 lukisan yg sama tapi pelukisnya berbeza seorang ternama seorang lagi
tidak dikenali.. juga sudah berbeza harganya.. apa pula hukumnya??
Kita tak perlu pergi jauh LA... Dalam telco sendiri. Kita ambik contoh telco digi..
Ada package digi smart Dan digi Best...
Rate dia berbeza... Satu 20 sen perminit, satu 30 sen perminit
sama la dengan tunetalk dan toneexcel..kedua-dua simkad dikeluarkan
oleh tunetalk, satu simkad nama tunetalk pakej basic, satu simkad nama
tunetalk pakej toneexcel..
sudah pasti org onexox akan kata ia melibatkan pengurusan dan sistem...
jadi kalau di toneexcel, gunakan hujah yg sama..pengurusan dan sistem
RM78, simkad RM10, Topup RM 30, GST RM5 = RM123 la sebenarnya kos jadi
dealer tone excel...
RM100 bukan utk simkad sahaja.. ia melibatkan pembukaan akaun dan pengurusan..
onexox simkad asal harga RM10 tapi bila nk jadi agent, Kene byr RM278
dapat simkad 10 keping=RM100
topup RM100=RM100
jadi total kos sebenar RM200
kemana pergi lagi RM78 ?????
admin page tu kata tak kesah simkad mahal kalau nombor tu cantikk...
ini lagi kelakar... tadi dia kata barang perlu dijual dengan fungsi
sebenar.. apa fungsi nombor cantik pulak???
banyak pendapat admin bercanggah antara satu sama lain..admin guna
common sense utk tetapkan hukum halal haram..
Bank negara ada penasihat syariah dan peguam syariah, mana-mana bisnes
yg melibatkan networking akan dinilai ... toneexcel sudah beroperasi
selama 6 tahun tiada lagi notis dikeluarkan oleh bank negara yg kata
toneexcel ni haram..
😊
Fikir2kanlah.. Jgn termakan dgn propaganda org yg busuk hati, jeles
dgn Tone Excel yg dah semakin maju selepas 6 tahun tanpa gagal bayar
gaji kepada semua agent. "
# 2. Riba
" Nak tetapkan sesuatu hukum, kena kenal dulu barang yg nak dihukum. Nak kata toneexcel sistem riba, kena kenal dulu apa toneexcel, dan apa pula riba'
Riba' menurut bahasa ialah, As-ziaadah (lebihan) yg bersifat tambah.
Menurut istilah,
Akad yang terjadi atas penukaran barang tertentu yang tidak diketahui perimbangannya menurut ukuran syara’, ketika berakad atau dengan mengakhirkan tukaran kedua belah pihak atau salah satu keduanya”.
Disini saya bagi 2 contoh..
1. Tukar barang dgn barang yg sama jenis, tapi salah satunya ada lebih. Membuat tukaran brg, berniat nak ambil manfaat drpd pertukaran tersebut. Maka inilah riba.
2. Berhutang, kemudian dikenakan bunga / interest utk ambil manfaat drpd si penghutang. Maka lebihan tu adalah riba..
Jadi skrg, kita lihat pula toneexcel.. apa kaitan toneexcel dgn riba? Mcm mna boleh kaitkan toneexcel dgn riba pula? Soal komisyen? Meh nak jelaskan..
Sekiranya komisyen itu dibayar sebaik shja downline isi topup mereka, dan topup mereka menjadi kurang disebabkan bayar kpd upline, maka ini adalah haram. Tapi yg sebaliknya berlaku dalam biz toneexcel, downline topup simkad mereka, topup mereka langsung tak berkurangan. Malah mereka dpt manfaat yg sgt bnyk drpd topup mrka sprti free internet, free kredit, free bigpoint, free cash back, free insyuran.. jadi dimana pula kata upline ambil duit downline???
Jadi mcm mna syarikat bayar komisyen?? Guna duit apa?? Jawapannya, duit komisyen dibayar syarikat, hasil drpd keuntungan syarikat yg dibahagi2 bersama pengguna. Sebab apa? Sebab, ternyata duit itu mmg syarikat yg bank in.. keuntungan itu milik syarikat..syarikat berhak berkongsi dgn pengguna..
Nak kata haram sebab tunetalk murah, knp toneexcel mahal? Nak kata haram sebab pembeli bukan nak beli simkad, tapi ade benda lain disebalik barang yg dibeli iaitu komisyen??? So, ape masalah? 98.40 tu harga pendaftaran sebagai agen. Kalau taknak jadi agen, guna jelah tunetalk. Takde masalah. Mana2 produk pun kenakan bayaran sesiapa yg nak jadi agen.. dan dibayar upah kerana berjaya menjualkan produknya.. so, ape masalah?? "
# 3. Gharar.
" Gharar/piramid..
Mengapa MLM haram? Kerana, mereka yg join dijanjikan bagai bulan dan bintang.. tapi bila join je, deorg tak dapat apa2, tapi org atas dah dapat duit hasil register org bawah..
Berbeza dgn toneexcel yg start2 daftar, dia dah dapat benda yg nilainya melebihi apa yg dibayar sprti yg saya nyatakan dibawah ni..
____________________________________
{ Mengapa 98.40??? Mengapa tidak RM10?? }
98.40 ditolak
Kredit sedia ada bernilai RM30,
Ditolak 1gb data harga RM38
Ditolak harga web promosi bernilai RM30
Ditolak harga web selfcare bernilai RM30
Ditolak harga ewallet bernilai RM30..
Kalau kira2 balik, jumlah kita bayar kurang sedikit berbanding barang yg diperolehi..
Mengatakan yg mereka beli simkad, semata2 nak buat duit, dan bukan hanya sekadar jadi user adalah fitnah semata2..buktinya,
Berapa ramai yg beli simkad ni, hanya kerana nak jadi user? Jawapannya sgt ramai ! Disebabkan, benefit jadi user shja sudah melebihi simkad lain..
Adapun menjana income drpd simkad ni, langsung tiada salah menurut syariat kerana kita adalah agen yg sah! Komisyen yg dibayar, langsung tak ambil duit downline.. biz ini juga, bukan makan duit org bawah.. buktinya, topup org bawah langsung tak diusik, bahkan bertambah jika dia topup 50.
_______________________________________
Sistem pyramid diharamkan disebabkan menekan org bawah dan mengambil keuntungan org bawah.. berbeza dgn toneexcel yg jika org bawah tak buat apa2 kerja, still dapat bnyak lagi komisyen yg takde pada simkad lain..
Dan komisyen yg org atas dapat, bukan dgn cara ambil duit org bawah sprti yg berlaku dalam biz mlm.. tapi kita dibayar oleh syarikat yg berkongsikan keuntungannya dgn pengguna..
Jadi, akhir kata...
Maaf kan saya sekiranya ada terkasar bahasa , terguris hati Dan sebagai nya...
Saya berharap apa yang saya tulis ini sedikit sebanyak memberikan manfaat Dan dapat menjernihkan ketegangan yang berlaku antara pengguna Tone Excel Dan juga pengguna telco yang lain..
Sekian.. Assalamualaikum.
Setuju dengan pandangan Tuan...Apa yang saya lihat dalam tone excel atau tone plus ini.. head hunting tidak berlaku sepertimana sistem MLM konvensional... banyak kelebihan dan manfaat dinikmati oleh kebanyakan pengguna tone plus dan tone excel.. kadang kadang hairan juga mengapa isu ini diwujudkan ketika perniagaan tersebut telah maju bergerak dan munculnya syarikat syarikat pesaing?? Saya tidak mahu menyalahkan mana mana pihak kerana akan ada sesetengah manusia yang tipikal ini akan pandang dari satu sudut sahaja...
ReplyDelete