Tuesday, 26 April 2016

Isu insurans konvensional

Assalamualaikum Dan selamat tengahari..

Baiklah..hari ni admin nak share pendapat pihak tone excel berkenaan insurans conventional...

Kepada para pembaca..

Terpulang lah kepada anda sama ada ingin menerima ataupun tidak...

Admin hanya share kan sahaja ye.

Penjelasan insuran konvensional
================

Hukum insuran konvensional ialah haram. Namun jika insuran konvensional diberikan sebagai hadiah, ia tidak haram. Boleh rujuk website ustaz zaharuddin

Ok, mcm mana boleh kejap haram kejap halal ni? Ustaz zaharuddin tidak menjelaskan secara terperinci, disini sy cuba jelaskan.

Hukum asal sesuatu bnda adalah harus. Melainkan ada benda yg buat dia jadi haram. Jadi apa yg buat insuran konventional jadi haram?

Insuran konventional haram sebab faktor ini iaitu ada unsur riba, gharar(ketidakpastian dalam aqad jual beli), judi dan pelaburan haram.

Saya jelaskan secara ringkas satu per satu

▶Riba : insuran konventional dianggap riba kerana wang (daripada pencarum) berbalas wang (daripada syarikat) dengan jumlah berbeza, padahal wang adalah unsur ‘ribawi'.

Dalam takaful (insuran islamic), menggunalan konsep derma seperti tabung khairiat kematian. Jadi tiada unsur wang balas wang

▶Gharar(ketidakpastian dalam aqad): Insurans konvensional menggunakan akad pertukaran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang dikira sebagai akad jual beli. Dalam akad jual beli, wajib untuk penjual dan pembeli pasti dengan barang yg diniagakan.

Dalam insurans konventional ada unsur gharar. Si pembeli tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehnya. Walaupun nilainya dinyatakan dalam skim insurans ini, syarat akad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapa nilai yang akan diperolehnya.

Sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar’. Malah gharar juga di sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperoleh benda yang dibelinya.

Dalam takaful tiada unsus gharar sebab takaful tidak gunakan akad jual beli. Takaful gunakan konsep derma.

▶judi : insurans konventional dianggap judi pula kerana mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperoleh sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.

▶Pelaburan tidak patuh syariah: insuran konventional mungkin akan laburkan wang pencarum dalam pelaburan yg tidak patuh syariah yg terlibat dengan faedah/riba dan arak/judi

Jelaslah faktor ini membawa pengharaman insuran konventional
1. Riba
2. Gharar
3. Judi
4. Pelaburan haram

Namun jika insuran konventional diberikan secara percuma sebagai hadiah, bermaksud tiada satu sen pun yg dicarum maka elemen haram itu tidak wujud.

1. Riba - tiada caruman. Maka tiada wang balas wang. Maka tiada riba
2. Gharar dalam akad jual beli. Tiada caruman. Tiada akad jual beli. Maka tiada gharar pun.
3. Judi. Tiada caruman. Maka tiada wang yang dipertaruhkan. Maka tiada judi.
4. Pelaburan haram. Tiada caruman. Maka tiada wang yang dilaburkan.

Apabila faktor yg buat jadi haram tak wujud, maka ketika itu ia jadi kepada hukum asalnya iaitu harus

Allahuaklam

No comments:

Post a Comment