[PERKONGSIAN]
Abam nak story sikit tentang pengetahuan abam berkenaan Bisnes Rangkaian atau dalam English kita sebut Networking Business. Perniagaan mempunyai dua kategori iaitu Perniagaan Konvesional dan Perniagaan Rangkaian. Jadi sebelum korang menghabiskan air liur dengan pukul rata kata semua bisnes rangkaian adalah MLM, ada baiknya korang baca tulisan abam ini.
Perniagaan Konvesional ini ialah bisnes dimana kita memerlukan kedai/premis, staff, modal pusingan, kos dan produk/servis manakala dalam Perniagaan Rangkaian kita hanya memerlukan modal, produk/servis, pelan pemasaran (Compensation Plan) dan air liur. Ya, air liur.
Perniagaan Rangkaian ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu Single Level Marketing (SLM), Multi Level Marketing (MLM) dan Refferal/Affiliate Marketing (AM).
1. Single Level Marketing (Direct Selling)
- Selalu kita jumpa adik-adik yg jual buku atau CD agama kepada kita. Komisyen yg mereka dapat adalah bergantung kepada jualan yg mereka buat. Lagi tinggi jualan maka lebih tinggi komisyen dan bonus yg mereka terima. SLM tidak membenarkan ahli merekrut ahli lain.
2. Multi Level Marketing (Pemasaran Pelbagai Tingkat)
- Terdapat banyak contoh dalam Malaysia seperti CNI, Elken, PyhtoScience, Hi-O dan pelbagai lagi. Bisnes ini memerlukan sijil perakuan daripada KPDNKK iaitu Sijil Akta Jualan Langsung. Untuk mendapatkan sijil ini ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi seperti mesti mempunyai sekurang-kurang 3-5 jenis produk yang bersesuaian dengan "Compensation Plan" syarikat. Jenis "Compensation Plan" MLM adalah seperti Binary Plan, Matrix Plan, Forced Plan, Uni Level Plan dan lain- lain. MLM membenarkan ahlinya merekrut ahli lain.
3. Refferal/Affiliate Marketing (Bisnes Rujukan)
- Pemasaran Affiliate pula adalah sejenis pemasaran berasaskan prestasi di mana perniagaan yang memberi ganjaran kepada ahli gabungan bagi setiap pelanggan yang dibawa ke perniagaan dengan usaha ahli affiliate itu sendiri. Bisnes ini menggunakan "Compensation Plan" jenis Affiliate Plan. Contoh perniagaan jenis ini adalah seperti Tone Excel dan Affiliate Junction. Affiliate Marketing juga membenarkan ahlinya merekrut ahli lain.
Bisnes Rangkaian ini tidak haram selagi tidak melanggar syarak malah hukumnya 'Harus' menurut fatwa yang dikeluarkan JAKIM kerana mengikut panduan yang dianjurkan dalam Islam. Yang menjadikannya haram dan menipu adalah disebabkan ada haram jadah yang menggunakan kepandaian yang dikurniakan Allah SWT dan merekacipta "Compesation Plan" yang menguntungkan dirinya sendiri dan kemudian menipu ahli-ahli gabungan yang berdaftar dibawah program itu. Untuk rekod 10% Jutawan di US lahir dari program MLM yang tulen. Jadi dimana salahnya Perniagaan Rangkaian ini? Ya, yang haram jadah tadi itulah yang bersalah.
Persoalannya, apakah titik persamaan diantara Perniagaan Konvesional dan Perniagaan Rangkaian? Ya, kedua-dua perniagaan ini memerlukan manusia sebagai pelanggan. Bukan kucing, bukan kambing bukan juga orang utan. Jadi saat korang ajukan soalan seperti "Abam, kena cari orang ke buat Tone Excel?" kepada abam saat itulah abam rasa nak campak korang ke dalam laut dan hiduplah korang bersama ikan Nemo.
LIKE & SHARE kalau rasa bermanfaat, abam halalkan.
Jom UPGRADE simkad kalau dah faham.
#sahabat secretoneexcel
No comments:
Post a Comment